December 11, 2013

Ragut Seksyen 7




SHAH ALAM, 30 NOV– Seorang pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) hampir diragut ketika dalam perjalanan ke perhentian bas lewat petang 27 November lalu..
            Mangsa yang ingin ke kelas telah berjalan berseorangan di Seksyen 7 untuk menaiki bas ke kelas malam.
            Mangsa dikenali sebagai Hamizah Khairil Annuar, pelajar semester lima Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media di UiTM trauma dengan kejadian yang berlaku ke atas dirinya.
            Mangsa berkata peragut bersama seorang lagi rakan datang dari arah belakang secara perlahan sebelum meragut dan berjaya merampas beg mangsa sebelum memecut laju dan menghilangkan diri.
Mangsa tidak dapat mengecam muka peragut kerana ketika kejadian itu berlaku, keadaan sudah gelap dan ia berlaku dengan begitu pantas.
Mangsa hanya perasan jenis motorsikal EX5 yang ditunggang peragut setelah berjaya menyelamatkan begnya.
Dan ketika itu, orang ramai yang melihat kejadian itu bergegas untuk mengejar peragut berkenaan. Akan tetapi, peragut itu dengan pantas membonceng motorsikalnya dengan laju.
Seorang saksi yang melihat kejadian itu berkata bahawa peragut itu memakai topi keledar bercermin gelap bagi mengelirukan orang ramai untuk melihat jelas muka peragut itu.
“Saya amat terkejut dan tidak menyangka kejadian itu berlaku di depan mata saya, dan ia berlaku dengan sangat pantas.” Kata saksi yang ditemui.
Mangsa melaporkan kejadian itu di balai polis berhampiran dan mengganggap kejadian itu membuatkan dirinya mengalami trauma dan ketakutan.
Menurut Lans Koperal Muhammad Hafizi Muhamad Akhir ketika ditemuramah wartawan menasihati orang ramai terutamanya wanita untuk sentiasa berhati-hati ketika berjalan seorang diri di tempat yang gelap dan sunyi.

Beliau turut menyatakan statistik ragut yang berlaku di Shah Alam pada tahun lepas meningkat hampir kepada 80 peratus berlaku kepada wanita yang sedang berjalan berseorangan.






Hamizah yang ditemui masih dalam keadaan trauma dengan kejadian yang menimpanya.






No comments: