SHAH
ALAM, 30 NOV– Seorang pelajar Universiti
Teknologi Mara (UiTM) hampir diragut ketika dalam perjalanan ke perhentian bas
lewat petang 27 November lalu..
Mangsa
yang ingin ke kelas telah berjalan berseorangan di Seksyen 7 untuk menaiki bas
ke kelas malam.
Mangsa
dikenali sebagai Hamizah Khairil Annuar, pelajar semester lima Fakulti
Komunikasi dan Pengajian Media di UiTM trauma dengan kejadian yang berlaku ke
atas dirinya.
Mangsa
berkata peragut bersama seorang lagi rakan datang dari arah belakang secara
perlahan sebelum meragut dan berjaya merampas beg mangsa sebelum memecut laju
dan menghilangkan diri.
Mangsa tidak dapat mengecam muka
peragut kerana ketika kejadian itu berlaku, keadaan sudah gelap dan ia berlaku
dengan begitu pantas.
Mangsa hanya perasan jenis motorsikal
EX5 yang ditunggang peragut setelah berjaya menyelamatkan begnya.
Dan ketika itu, orang ramai yang
melihat kejadian itu bergegas untuk mengejar peragut berkenaan. Akan tetapi,
peragut itu dengan pantas membonceng motorsikalnya dengan laju.
Seorang saksi yang melihat kejadian
itu berkata bahawa peragut itu memakai topi keledar bercermin gelap bagi
mengelirukan orang ramai untuk melihat jelas muka peragut itu.
“Saya amat terkejut dan tidak
menyangka kejadian itu berlaku di depan mata saya, dan ia berlaku dengan sangat
pantas.” Kata saksi yang ditemui.
Mangsa melaporkan kejadian itu di
balai polis berhampiran dan mengganggap kejadian itu membuatkan dirinya
mengalami trauma dan ketakutan.
Menurut Lans Koperal Muhammad Hafizi
Muhamad Akhir ketika ditemuramah wartawan menasihati orang ramai terutamanya
wanita untuk sentiasa berhati-hati ketika berjalan seorang diri di tempat yang
gelap dan sunyi.
Beliau turut menyatakan statistik
ragut yang berlaku di Shah Alam pada tahun lepas meningkat hampir kepada 80
peratus berlaku kepada wanita yang sedang berjalan berseorangan.