October 30, 2013

Paradoknya Dunia Siber

Internet bukan lagi perkara asing dalam kehidupan seharian sejagat masa kini. Kemunculan internet ternyata memberi pelbagai impak kepada baik buruk hidup semua orang.  Media massa turut tidak terkecuali dalam kepantasan arus trend internet sehinggakan terbentuknya kewartawanan siber.

Etika kewartawanan amat dititikberatkan mahupun etika tersebut merupakan sesuatu yang berat dilaksanakan oleh para penulis dalam menulis sesuatu fakta mahupun auta.  Apatah lagi kemunculan kewartawan siber, hampir separuh penulis blog menolak etika kewartawanan kerana dianggap menghalang kebebasan bersuara dan menulis.

Sejak awal tahun 2000 lagi, penulis blog semakin bercambah sehingga sekarang.  Penulis blog ini ternyata mengganggu landasan kerja wartawan sebenar dalam mengumpul maklumat untuk berita semasa.  Cara penulisan yang berbeza membentuk lebih besar jurang antara penulis blog dan wartawan.  Namun, kehilangan sifat etika penulisan berita dalam jiwa penulis blog bukanlah satu halangan untuk mereka daripada berhenti menulis.  

Malah kegiatan tersebut semakin aktif dengan sokongan daripada masyarakat itu sendiri. Sehinggakan pada satu tahap, wartawan sendiri turut bergantung harap kepada sumber yang didapati daripada ruangan penulisan blog.

Ini menunjukkan betapa masyarakat sekarang bukanlah masyarakat yang berfikiran cetek kerana mereka mampu menimbulkan pelbagai sentimen dalam penulisan blog mereka termasuklah politik, sosial dan ekonomi.  Setiap isu yang diketengahkan kadang-kadang boleh menjadi perhatian masyarakat sekeliling.

Apa yang menyedihkan, tidak semua masyarakat di luar sana boleh menapis dan membezakan setiap informasi yang diberikan dengan sempurna.  Kebanyakan masih mampu menerima sesuatu informasi dengan kadar bulat-bulat dan sebagai jawapannya, mereka mudah tertipu dan ditipu dengan hanya menggunakan penulisan yang tidak ada kesahihan dalam sumber.

Terbukti penulisan blog menjadi antara pilihan utama masyarakat dalam mencari maklumat kerana setiap pencarian dalam ruangan carian Google misalnya lebih menjurus kepada penulisan blog.  Masa kini, pembaca lebih berminat membaca artikel melalui blog tanpa mencari ketepatan informasi tersebut.  Yang lebih sadis apabila terdapat segolongan penulis blog yang sekadar melakukan copy and paste untuk informasi dalam setiap penulisan blog mereka.



Kes Alvivi - membangkit isu perkauman Malaysia


Kemunculan blog atau kewartawanan siber ini turut mengundang ke arah pelbagai lagi masalah dalam masyarakat Malaysia terutamanya.  Ini kerana Malaysia mempunyai masyarakat yang berbilang agama dan bangsa.  Penyentuhan isu dalam setiap sensitiviti kaum amatlah dilarang.  Namun kehadiran blog membuka lebih ruang kepada penulis blog untuk mengutarakan pandangan dan ideologi masing-masing.

Rusuhan kaum 13 Mei 1969 sepatutnya menjadi pengajaran kepada kita semua agar peristiwa hitam itu tidak lagi berulang sampai bila-bila.  Sedihnya, ketakutan itu takkan pernah padam dengan munculnya blog penulisan yang mempunyai sentimen perkauman yang ekstrem.  Blog-blog seperti inilah yang membakar api kemarahan kaum dan akan membawa kepada peperangan dingin antara kaum.  Sehingga kini, semakin banyak wujud laman blog yang berbaur perkauman dan jurang antara kaum ternyata semakin besar.



Sekitar peristiwa berdarah 13 Mei 1969


Blog tidak sahaja memecah-belahkan rakyat dengan ideologi perkauman semata, malah ideologi politik yang berbeza turut menjadi punca utama kelemahan integrasi kaum di Malaysia.  Ternyata jika dikira, tidak akan pernah cukup menunjukkan keburukan dalam media siber ini.



Sumber: Dr. Rahmat Ghazali :P

No comments: